BERTENANG dan bersabar walaupun sudah “blue tick” ok! Jaga adab, hormati waktu privaBertenang, bersabar walaupun sudah 'blue tick', jaga adab, hormati waktu privasi orang lain - Mingguan Wanitasi orang lain. Janganlah marah atau bersedih bila dapat bluetick di Whatsapp dan orang yang anda sampaikan pesanan ringkas itu tak balas langsung.
Dalam zaman teknologi maklumat canggih ini, telefon bimbit merupakan medium penting sebagai alat perhubungan.
Tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai aplikasi dan paling popular sudah tentu aplikasi Whatsapp.
Namun dalam menghubungi seseorang kawallah bicara dan paling penting anda perlu bersabar terutama apabila anda menghantar pesanan namun orang tersebut tidak membalas walaupun sudah bluetick.
Menerusi perkongsian Puan Dzuriasikim Dzulkifli berbicara mengenai adab ketika menghantar pesanan ringkas atau membuat panggilan. Ternyata perkongsian ini memberi manfaat buat kita.
10 ADAB KETIKA MENGHANTAR PESANAN RINGKAS ATAU MEMBUAT PANGGILAN TELEFON
1. Dulu-dulu arwah ibu saya selalu berpesan, jika hendak menelefon orang jangan telefon waktu Maghrib atau lewat malam. Sehingga ke hari ini saya masih mengamalkan perbuatan yang sama dan ajarkan hal yang sama buat anak-anak. Melainkan dengan orang yang sangat rapat dengan kita contohnya pasangan suami isteri, anak-anak atau jika kita bertugas dalam bidang yang memerlukan kita untuk berinteraksi serta merta, 24 jam sehari.
2. Jadi, elakkan dari menghantar mesej atau membuat panggilan pada waktu Maghrib, terlalu awal pagi atau tanpa mengira waktu seperti jam 2, 3 pagi. Bersabarlah dan tunggu waktu yang sesuai sebelum menghantar mesej atau membuat panggilan. Hormati waktu privasi orang lain.
3. Penting untuk menghormati waktu orang lain. Mereka perlu beribadah, berehat, bersama keluarga. Menghormati privasi orang lain akan mencerminkan keperibadian diri kita serta kematangan kita berfikir.
4. Apabila menghantar mesej atau membuat panggilan dan ia tidak dijawab dengan segera, beri masa. Sabar dan tunggu sehingga ia dibalas. Melainkan jika ia hal kecemasan, barangkali anda boleh menulis dengan jelas dan penuh hormat seperti “Selamat Pagi, mohon maaf kerana mengganggu…. “, dan tulislah mesej yang anda rasakan perlu. Nyatakan apa yang ingin disampikan dalam pesanan paling ringkas dan mudah difahami. Elakkan dari menggunakan bahasa singkatan atau ejaan pendek yang memeningkan. Ejaan dalam tulisan juga mencerminkan keperibadian penghantar.
5. Memberi ruang untuk orang lain menjawab pesanan ringkas kita juga bermakna kita menghormati dan memahami penerima mesej perlu waktu untuk membalas pesanan. Barangkali bukan mesej kita seorang yang perlu dibalas. Barangkali dia sedang memandu. Barangkali dia perlu melakukan semakan sebelum membalas. Barangkali dia perlu waktu untuk berfikir. Barangkali dia di tempat kematian. Dan banyak kemungkinan lain. Bertenang walaupun sudah “Blue tick” ok!
6. Elakkan dari menghantar mesej bertalu-talu apabila mesej anda tidak dijawab. Ia sangat merimaskan penerima.
7. Elakkan dari menggunakan pelbagai medium bagi menghantar pesanan setelah mesej pertama dihantar. Contohnya melalui What’sApp, Telegram, DM di Instagram, BiP, Signal hanya kerana mahu mesej anda dibalas dengan segera.
8. Ia akan menjadikan anda kelihatan tidak tenang, terlalu terdesak dan berharap. Orang yang berasa dalam keadaan “desperate” begini adalah dalam vibrasi yang rendah. Berada dalam vibrasi yang rendah (“Low vibration”) seperti ini boleh membuatkan orang menjauhi anda dan tidak selesa untuk berurusan dengan anda.
9. Melainkan untuk hal kecemasan seperti kematian, kebakaran, urusan kerja yang sangat penting dan tidak dapat anda tunggu hari esok contohnya. Cubalah belajar untuk bertenang dan bersabar.
10. Respect is earned and not given. Penting untuk mengurus emosi diri termasuk dalam sekecil-kecil hal seperti membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan ringkas begini. Ia memberikan impak yang besar kepada apa sahaja urusan anda. Jika anda berniaga, pelanggan mungkin tidak akan mahu berurusan dengan anda lagi.
Mingguan Wanita: Benar tu jagalah adab walaupun semasa menjawab pesanan ringkas mahupun panggilan telefon.
Sumber : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli
Sumber Foto: CANVA
- Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Thu Aug 04 2022
Apabila menghantar mesej atau membuat panggilan dan ia tidak dijawab dengan segera, beri masa, sabar dan tunggu sehingga ia dibalas, melainkan jika ia hal kecemasan. - Foto CANVA/Mingguan Wanita
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
'Tenang, sabar walaupun sudah 'blue tick', jaga adab, hormati waktu privasi orang lain'
Dzuriasikim Dzulkifli berbicara mengenai adab ketika menghantar pesanan ringkas atau membuat panggilan.