awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengah hari dapat tahu, petang itu juga Ebit Lew hulurkan bantuan kepada Zoo Negara

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
15/11/2020
13:24 MYT
Tengah hari dapat tahu, petang itu juga Ebit Lew hulurkan bantuan kepada Zoo Negara
Ebit berkongsi di laman Instagramnya bahawa beliau mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk menyelamatkan haiwan di sana. Instagram/Ebit Lew
KUALA LUMPUR:Rakyat Malaysia sedia maklum dengan sifat pendakwah bebas, Ebit Lew yang gemar melakukan kerja-kerja amal membantu golongan yang memerlukan.
Dari masalah pelajar universiti memerlukan kenderaan untuk pulang sehinggalah masalah air, Ebit cuba sedaya upaya untuk membantu sehingga masalah itu selesai.
Terbaharu, Ebit berkongsi kepada umum di laman Instagramnya bahawa beliau mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk menyelamatkan haiwan di sana.
Menurut Ebit, selepas mendapat panggilan tersebut beliau terus bergegas ke sana pada sebelah petangnya untuk menyalurkan bantuan.
BACA : Ebit Lew agih air dua lori tangki di Batu Caves
"Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana.
"Saya dapat tahu tengah hari tadi, petang ni terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buah-buahan dan sayuran," katanya di laman Instagram miliknya itu.
Pada masa sama, Ebit dalam perkongsiannya itu turut memberitahu, Zoo Negara memerlukan RM1 juta untuk tujuan makanan dan penyelenggaraan.
Namun, Zoo Negara tidak dapat menjana pendapatan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sekali gus, mengurangkan kehadiran pengunjung.
Tambahnya lagi, Zoo Negara turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin membantu sama ada dari segi wang atau pun makanan.
View this post on Instagram
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#Zoo Negara
#rakyat Malaysia
#PKP
#Batu Caves
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan