awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengok wayang jangan sampai tak solat - PU Azman

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/09/2018
04:57 MYT
Tengok wayang jangan sampai tak solat - PU Azman
PU Azman ingatkan penonton agar memilih waktu yang bersesuaian untuk menonton filem di pawagam agar tidak menganggu waktu solat. -Instagram
PENDAKWAH bebas yang juga merupakan juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Azman Syah Alias menegur sikap segelintir anggota masyarakat yang mementingkan hiburan sehingga mengabaikan waktu solat.
Menerusi entri di akaun Instagramnya, dia yang popular dengan nama PU Azman, mengingatkan penonton agar lebih sensitif dan memilih waktu yang bersesuaian untuk menonton filem di pawagam supaya tidak mengganggu waktu solat.
"Solat itu peneman sejati di mana pun kita berada. Sambil beratur membeli tiket, bisikkan juga di telinga rakan-rakan tentang kewajipan solat.
"Menonton wayang jangan sampai menghalang kita melakukan perkara yang wajib," tulisnya.
Solat adalah peneman sejati kita di mana-mana. Sambil beratur membeli tiket, bisikkan kalimah dakwah kepada member tentang kewajipan solat. Ulama besar dunia Syeikh Yusuf Al Qaradawi ketika ditanya apakah hukum menonton wayang. Beliau menyatakan boleh dengan syarat : 1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dan seumpamanya. [Ulasan tambahan saya : Mesti ada unsur mendidik]. 2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib semata-mata untuk menonton wayang. Al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling daripada mengingati Allah. 3. Elak daripada bergaul lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton di dalam keadaan gelap.
A post shared by PUman (@pu_azman) on
Sep 3, 2018 at 7:36pm PDT
PU Azman turut menggariskan beberapa panduan menonton wayang, antaranya filem yang ditonton perlu mempunyai unsur positif dan mendidik, serta mengelakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.
Biarpun tidak memperincikan secara jelas, teguran itu dipercayai ada kaitan dengan beberapa status netizen yang terkejut apabila melihat ramai penonton dalam kalangan lelaki Islam menonton filem "Munafik 2" pada waktu solat Jumaat, selain penonton Islam yang memenuhi panggung pada waktu Maghrib.
Topic Berkaitan
#filem
#hiburan
#Munafik 2
#panggung
#pawagam
#Pencetus Ummah
#PU Azman
#solat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan