Meskipun ramai yang gemar melancong, namun hanya yang benar-benar berkemampuan dapat menjejakan kaki ke tempat impian mereka.

Walaubagaimanapun, itu bukanlah penghalang kepada pengembara yang gemar melancong ke tempat menarik secara maya.

Bagi tujuan tersebut, aplikasi Google Maps' Steet View membantu dari segi penjimatan wang terutama mereka yang suka menerokai ke puncak bukit.

Ini kerana Google Maps telah membenarkan penggunanya untuk meneroka empat daripada tujuh puncak gunung dari tujuh benua serata dunia.

Gambar yang dipaparkan diambil daripada tripod dan kamera digital amatur dengan menggunakan lensa mata ikan bagi paparan yang menakjubkan.

Kini anda dapat meneroka gunung terkenal di muka bumi termasuk Aconcagua (Amerika Selatan), Kilimanjaro (Afrika), Gunung Elbrus (Eropah) dan kem pangkalan ke Everest (Asia) menerusi Google Maps.

Mulakan pengembaraan anda di Gunung Kilimanjaro, Tanzania yang terkenal dengan gunung berapi aktif di atas Afrika. Nikmati pemandangan menarik dari puncak gunung yang diliputi salji tebal Khatulistiwa.

kilimanjaro

Seterusnya, terokailah gunung tertinggi di Eropah, Gunung Elbrus dan terokai pondok tinggalan era Soviet yang rata-rata mampu memberi ketenangan kepada pendakinya.

elbrus

Terokai juga Aconcagua di Argentina yang merupakan puncak tertinggi di Hemispera Selatan dan Barat. Lihatlah kem pengkalan yang dibina dari batuan dan telatah pendaki berkhemah serta menjalankan aktiviti sepanjang perjalanan.

Akhir sekali, rancang perjalanan anda ke kem pengkalan Everest yang menyaksikan pendaki cuba sampai ke puncak tertinggi di dunia.

everest

Semua ini dan banyak lagi dapat dinikmati dari rumah atau apabila anda memuat turun gambar Google Maps menggunakan iPhone atau peranti Android.