awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok tetapkan had masa skrin 60 minit sehari bagi pengguna bawah 18 tahun

Bernama
Bernama
02/03/2023
13:20 MYT
TikTok tetapkan had masa skrin 60 minit sehari bagi pengguna bawah 18 tahun
Aplikasi perkongsian video TikTok akan memperkenal had masa skrin untuk pengguna di bawah umur 18 tahun bagi membantu remaja mengurus masa mereka di platform itu secara lebih cekap. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Aplikasi perkongsian video TikTok akan memperkenal had masa skrin untuk pengguna di bawah umur 18 tahun bagi membantu remaja mengurus masa mereka di platform itu secara lebih cekap.
"Dalam minggu-minggu akan datang, setiap akaun milik pengguna di bawah umur 18 tahun akan ditetapkan secara automatik kepada had masa skrin selama 60 minit sehari," menurut syarikat aplikasi itu dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.
Apabila pengguna mencapai had yang ditetapkan, mereka akan diminta memasukkan kod laluan untuk terus menonton video di platform itu jika mahu melanjutkan masa tontonan.
Jika had 60 minit terlalu singkat, mereka boleh menetapkan sendiri tambahan masa melebihi 100 minit setiap hari.
Pengguna kurang daripada 13 tahun juga akan mempunyai had masa skrin selama 60 minit dan ibu bapa atau penjaga mereka perlu menetapkan atau memasukkan kod laluan yang membolehkan mereka menambah masa sebanyak 30 minit lagi.
Dilancarkan oleh syarikat China ByteDance pada 2018, TikTok telah menjadi peneraju dalam segmen aplikasi video pendek dan kini merupakan antara platform media sosial paling popular di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#had masa skrin
#pengguna bawah umur 18 tahun
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan