awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Jalil 'balas dendam' pada kekanda,Tunku Aminah di media sosial

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
03/08/2015
09:39 MYT
Tunku Jalil 'balas dendam' pada kekanda,Tunku Aminah di media sosial
Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan adindanya, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil berjaya menarik para netizen di media sosial dengan perbuatan mereka yang mencuit hati.
Sejak kebelakangan ini, ahli keluarga Kerabat Diraja Johor menjadi tumpuan orang ramai khususnya di media sosial, kerana sikap mereka yang suka bermesra atau berkongsi pandangan mereka di laman sosial.
Selepas Tunku Mahkota Johor, anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan adindanya, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil berjaya menarik para netizen di media sosial dengan perbuatan mereka yang mencuit hati.
Difahamkan, dua beradik itu saling berbalas ‘serangan’ antara satu sama lain di media sosial sehingga menjadi perbualan para netizen di laman sosial.
Menerusi laman sosial Instagramnya, Tunku Jalil meluahkan perasaan puas hati baginda setelah berjaya ‘membalas dendam’ terhadap Tunku Aminah.
Tunku Jalil telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan aksi lucu kekandanya yang sedang membunuh lebah.
Dalam video tersebut, Tunku Amina dilihat sedang cuba untuk membunuh lebah sebelum menjerit keluar dalam ketakutan.
“Sebab dia upload video saya menjerit kena cabut bulu kaki, ini balasannya.
“Pertama kali tengok orang cuba bunoh lebah dalam plastic bag,” kata Tunku Jalil menerusi laman Instagramnya.
Sebab dia upload video saya menjerit kena cabut bulu kaki, ini balasanya. Pertama kali tengok orang cuba bunoh lebah dalam plastic bag. #TJ
A video posted by Tunku Laksamana Johor (@tunkujalil_official) on
Aug 2, 2015 at 9:38am PDT
Setakat ini, video tersebut telah disukai seramai 6,000 pengikutnya di Instagram dan seramai 7,000 orang di laman Facebooknya.
Difahamkan, ‘perselisihan’ antara dua beradik itu bermula apabila Tunku Jalil secara tidak sengaja mewarna seekor kucing yang dipercayai milik kekandanya, Tunku Aminah dengan warna biru.
Tunku Aminah kemudian membalas kembali perbuatan Tunku Jalil dengan memuat naik video yang menunjukkan adindanya menjerit dalam kesakitan ketika dicabut bulu kaki.
“You paint my cat blue. Revenge is sweet,” tulis Tunku Aminah.
U paint my cat blue. Revenge is sweet @tunkujalil_official
A video posted by Tunku Tun Aminah (@tunku_tun_aminah) on
Jul 31, 2015 at 1:47pm PDT
Sementara itu, para netizen juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen mereka dibawah video tersebut.
Kebanyakan mereka berpendapat perbuatan dua beradik itu agak comel dan lucu.
fb
fb
Topic Berkaitan
#Johor
#kerabat raja
#Sosial Media
#Tunku Aminah
#Tunku Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan