awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ucapan tahniah banjiri laman sosial buat Tunku Tun Aminah

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2017
06:30 MYT
Ucapan tahniah banjiri laman sosial buat Tunku Tun Aminah
Tunku Tun Aminah bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah. - Gambar fail
PERKHABARAN tentang Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim yang bakal berkahwin 14 Ogos ini, disambut penuh gembira oleh rakyat Malaysia umumnya, dan warga Johor khususnya.
Rata-rata netizen membanjiri laman sosial Johor Southern Tigers dan laman Facebook Sultan Ibrahim dengan ucapan tahniah dan doa, semoga perkahwinan yang bakal dibina berkekalan ke akhir hayat.
Sebagai puteri tunggal Sultan Johor, personaliti Tunku Tun Aminah dilihat sangat dekat dengan masyarakat di negeri itu, apatah lagi selepas mengambil alih kepimpinan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), kira-kira setahun yang lalu.
Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat 'mengusik' jejaka-jejaka yang meminati Tunku Tun Aminah dalam diam, agar segera move on.
Bagi kaum hawa yang mengagumi beliau pula, sudah pasti mereka tidak sabar untuk melihat puteri kesayangan berpakaian pengantin yang tentunya akan menyerlahkan lagi kejelitaannya.
Tunku Tun Aminah, 31, bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah.
Topic Berkaitan
#Johor
#perkahwinan
#Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan