NASHVILLE:Seekor anjing jenis baka border collie mewarisi harta pusaka AS$5 juta (RM20.2 juta) daripada pemiliknya yang telah meninggal dunia.
Lulu yang berusia berusia 8 tahun tinggal di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat, menerima wang itu daripada usahawan berjaya bernama Bill Dorris.
Bill Dorris dikatakan tidak mempunyai isteri mahupun anak untuk mewariskan harta tersebut, dan meninggal dunia pada November tahun lalu.
Menurut wasiat itu yang memetik laporan berita News Channel 5, "Lima juta dolar akan dipindahkan ke sebuah amanah yang akan dibentuk setelah kematian saya untuk menjaga anjing border collie, Lulu."
Lulu akan ditempatkan di bawah jagaan Martha Burton, 88, yang selama ini menjaga anjing bertuah itu semasa Dorris melakukan perjalanan perniagaan.
Kata Martha, dia sendiri tidak memahami keputusan Dorris yang pelik itu.
"Saya tidak benar-benar tahu apa yang harus difikirkannya untuk memberitahu anda perkara yang sebenarnya," kata Burton kepada News Channel 5 mengenai hubungan Lulu dengan mendiang tuannya.
"Dia sangat menyayangi anjing itu," jelas Martha.
Rakan Dorris berkata, bahawa mendiang mempunyai pegangan dan pelaburan hartanah yang sangat besar.
Walaupun begitu, kekayaan Lulu bukanlah lesen untuk anjing itu membeli makanan atau tulang dinosour untuk dimakan.
Sebaliknya, ia membenarkan Burton dibayar dengan perbelanjaan bulanan yang munasabah untuk menjaga Lulu.
Ini bukan kali pertama pemilik haiwan peliharaan memberikan kekayaan kepada anjing yang bertuah.
Pada tahun 2015, seorang wanita Queens menulis wasiat untuk meninggalkan kekayaan mengandungi perhiasan, dana amanah dan rumah percutian kepada anjing peliharaannya berbaka Maltese.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Afiezy Azaman
Sun Feb 14 2021

Seekor anjing jenis baka border collie mewarisi harta pusaka AS$5 juta (RM20.2 juta) daripada pemiliknya yang telah meninggal dunia.

Runtuhan Lombong | Lima masih hilang, operasi pencarian diteruskan
Beberapa individu tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong haram di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Khamis. Dalam kejadian yang berlaku di daerah Parigi Moutong di Sulawesi Tengah, 15 individu berjaya diselamatkan. Tiga bagaimanapun menemui ajal.

Bakat Luar Biasa | Harimau menyanyi jadi tarikan orang ramai di zoo
Seekor anak harimau di sebuah zoo di bandar Barnaul, Siberia kini mempunyai peminat di seluruh rusia apabila sebuah video seolah-olah haiwan itu menyanyi tersebar di media sosial. Menerusi paparan video itu, harimau berusia 10 bulan itu mengeluarkan alunan suara unik seakan-akan menyanyi.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

No To Lanun | Kehidupan seniman patut lebih senang jika…
Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan. Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya.

Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada keperluan untuk menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Barisan Nasional | MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kebakaran Hutan | Kawasan hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat Kampung Chindu terbakar pada petang Khamis. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang.

Vaksin COVID-19 | Tiada kesan sampingan setakat ini - PM
Memasuki hari kedua sejak mendapat suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keadaannya setakat ini baik-baik sahaja. Malah, tiada kesan sampingan dan membuktikan vaksin yang diterima selamat dan diyakini berkesan.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respon Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan itu turut akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Pekerja Asing | 294 majikan di Kedah gagal sedia penginapan sesuai
Seramai 294 majikan di Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam operasi taskforce COVID-19. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Usahawan meninggal dunia, anjing warisi harta AS$5 juta
Bill Dorris dikatakan tidak mempunyai isteri mahupun anak untuk mewariskan harta tersebut meninggal dunia pada November tahun lalu.