KUALA LUMPUR: Komited menjadi platform untuk mempelajari dan meningkatkan pengetahuan al-Quran, Protaz International Sdn Bhd menganjurkan program Talaqqi percuma 24 jam secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, bermula 31 Disember 2021 dari jam 7.27 pagi.
Pengasasnya, Uwais Qorny berkata, program tersebut adalah usaha pihaknya untuk membantu umat Islam pandai mengaji dengan betul, memahami pengertian setiap bacaan sekali gus sebagai alternatif lain bagi menyambut tahun baharu.
“Talaqqi secara mudahnya adalah berguru, dan selalunya masa ini orang berguru melalui buku dan internet. Tetapi untuk membaca dan mempelajari al-Quran, perlu untuk pelajarinya dengan guru agar dapat menentukan sebutan dan tajwid yang betul.
“Manakala, musyafahah pula adalah dari mulut ke mulut (pelajar belajar al-Quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul),” katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat.
Katanya, program itu turut dilihat sebagai alternatif baharu untuk mengajak rakyat Malaysia membudayakan sambutan tahun baharu dengan bacaan al-Quran.
Dalam pada itu, tambah Uwais, ia turut membolehkan segala ilmu yang dipelajari atau diperoleh secara teori dapat dipraktikkan secara tepat agar mutu bacaan menjadi mantap dan mengelakkan ‘syok sendiri’.
“Kritikal isunya di sini adalah sekiranya sebutan kita tidak betul, menyebabkan kita melakukan dua jenis kesalahan, iaitu yang besar dan kecil.
“Kalau berlaku dalam rukun qauli, dalam sembahyang kita…boleh jadi sembahyang tidak sah. Jalan keluarnya adalah tidak boleh tidak mesti kena bertalaqqi atau berhadapan dengan guru.
"Ini kerana, ilmu teori yang kita belajar sebenarnya tidak mencukupi dan perlu dimantapkan dengan melakukannya secara praktikal bersama guru.
“Guru akan mendengar dan membetulkan bacaan kita sekiranya ada salah, dan akan meningkatkannya dari semasa ke semasa secara berperingkat,” katanya.
Kata Uwais, inisiatif pihaknya diharap dapat meningkatkan kesedaran umat Islam untuk terus memelihara keaslian bacaan Kalamullah, mendalami hukum tajwid seperti dengung dan hukum mad serta mengenal pasti kesalahan berkaitan makhraj huruf dan sifat huruf.
Program tersebut juga mendapat dua pengiktarafan dari Malaysia Book of Records (MBR) apabila mendapat sambutan memberangsangkan dengan melebihi 17,000 penyertaan dan terpanjang dari segi masa penganjurannya.
Bagi mereka yang ingin mengikuti dan mengetahui lanjut mengenai program dan sebarang kelas al-Quran yang ditawarkan, orang ramai boleh melayari www.UwaisQorny.com.
Ehsan A Marisah
Sat Jan 01 2022
Uwais berkata, program itu adalah usaha pihaknya membantu umat Islam agar pandai mengaji dengan betul, memahami pengertian setiap bacaan sekali gus sebagai alternatif lain bagi menyambut tahun baharu. - Foto Protaz International
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Uwais Qorny didik lebih ramai mengaji dengan betul, fahami pengertian bacaan
Ia adalah usaha membantu umat Islam pandai mengaji dengan betul, memahami pengertian setiap bacaan sekali gus sebagai alternatif lain bagi menyambut tahun baharu.