awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vin Diesel dinamakan lelaki botak paling seksi, tewaskan Putera William

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2022
02:30 MYT
Vin Diesel dinamakan lelaki botak paling seksi, tewaskan Putera William
Vin Diesel berada di tempat teratas, menewaskan Putera William yang jatuh ke tempat kelima. - Foto Facebook/Vin Diesel/AP
PELAKON Vin Diesel dinamakan lelaki botak paling seksi di dunia, menewaskan Putera William, yang memegang gelaran itu untuk selama dua tahun sebelum ini.
Keputusan itu merupakan hasil dapatan survey agensi SEO Reboot yang mengambil kira pelbagai aspek berbeza seperti nisbah bentuk muka, analisis sentimen di Twitter dan ketinggian.
Agak menggelikan hati, namun salah satu aspek yang turut dipertimbangkan ialah kilatan permukaan kepala dengan keseluruhan skor indeks bagi setiap aspek ialah 10.
Untuk 2022, Vin Diesel menduduki tempat teratas dengan skor keseluruhan 6.46 daripada 10.
Sementara itu, Putera William jatuh ke tangga kelima dalam senarai, dengan ketinggian yang dimiliknya, iaitu 1.87 meter, menjadi penyumbang markah terbesar.
Nama-nama lain yang turut tersenarai dalam to 10 ialah rapper, Pitbull yang berada di tempat keempat manakala Dwayne "The Rock" Johnson dan Mike Tyson masing-masing mendapat tempat kesembilan dan kesepuluh.
Biarpun sering menjadi bahan jenaka, Putera William nampaknya tidak kisah tentang kepalanya yang botak.
"Orang ramai selalu berjenaka tentang kepala saya yang botak tetapi isteri saya (Kate Middleton) mempunyai rambut yang cantik.
"Jawapan saya, terima kasih, saya akan memberitahunya (Kate)," kata Putera William dalam satu temubual.
Topic Berkaitan
#Vin Diesel
#Putera William
#BOTAK
#SEO Reboot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan