Wakil Malaysia, Zam Osman atau Muhammad Nizamuddin Osman mengharumkan nama negara apabila meraih naib juara pada edisi pertama pertandingan Gentlemen of the World yang diadakan di Manado, Indonesia pada penghujung bulan lalu.
Malam kemuncak pertandingan itu menyaksikan sebanyak 24 negara bertanding antaranya Australia, Botswana, India, Filipina, Sepanyol, Thailand dan Vietnam.
Dalam pertandingan itu, peserta dinilai berdasarkan beberapa peringkat seperti pengucapan awam, Top Model serta penilaian dalaman bersama juri yang mana turut menguji aspek fizikal, ketepatan masa, tanggungjawab dalam kumpulan, penglibatan diri dalam aktiviti, kemahiran komunikasi, bakat dan kesenian para peserta.
Seperti kebanyakan pertandingan ratu cantik atau pencarian duta, Gentlemen of the World yang diasaskan oleh Lhi Toding Bua iaitu seorang pendidik di Indonesia, bermatlamat untuk memberi fokus dalam mengetengahkan belia sebagai duta dalam aspek pendidikan, kebudayaan termasuklah mempromosikan pelancongan sesebuah negara di peringkat antarabangsa.
Pada pertandingan itu, Zam Osman turut rangkul anugerah ‘Best Body’.
“Saya bersyukur kepada Allah S.W.T atas rezeki yang diberikan dan cukup bersyukur kerana dapat mengharumkan nama negara di persada dunia," katanya dalam satu kenyataan
Tambahnya lagi, beliau bertekad untuk melibatkan diri secara aktif dalam kempen kepentingan pendidikan kepada kanak-kanak dan akan bekerjasama dengan organisasi pengurusannya, Bachelor of Malaysia.
Keputusan keseluruhan menyaksikan peserta Filipina, Mark Avilla merangkul juara, diikuti Malaysia sebagai naib juara dan Shah Amir dari Singapura di tempat ketiga. Masing-masih membawa pulang trofi dan selempang selain menjadi duta kepada jenama itu.
Astro Awani
Fri Nov 08 2019
Keputusan keseluruhan menyaksikan peserta Filipina, Mark Avilla merangkul juara, diikuti Malaysia sebagai naib juara dan Shah Amir dari Singapura di tempat ketiga. - Foto ihsan Bachelor of Malaysia
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Wakil Malaysia muncul naib juara di pertandingan Gentlemen of the World, menang anugerah 'Best Body'
Sebanyak 24 negara bertanding antaranya Australia, Botswana, India, Filipina, Sepanyol, Thailand dan Vietnam.