awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp tangguh kemas kini selepas reaksi negatif

Agensi
Agensi
16/01/2021
05:04 MYT
WhatsApp tangguh kemas kini selepas reaksi negatif
Pada awal Januari, pengguna WhatsApp terima makluman bahawa aplikasi tersebut dalam proses menyediakan terma-terma baharu yang meminta pengguna berkongsi beberapa data peribadi. - Reuters
SELEPAS menerima reaksi negatif, aplikasi WhatsApp menangguhkan kemas kini yang meminta penggunanya untuk menerima terma baharu.
Pengumuman oleh aplikasi yang dimiliki Facebook itu sebelum ini mencetuskan kebimbangan pengguna bahawa kemas kini tersebut akan melonggarkan syarat-syarat privasi.
Pada awal Januari, pengguna WhatsApp menerima makluman bahawa aplikasi tersebut dalam proses menyediakan terma-terma baharu serta mempunyai hak untuk berkongsi beberapa data pengguna dengan aplikasi Facebook.
Susulan itu, bilangan pengguna baharu aplikasi lain seperti Signal dan Telegram menyaksikan peningkatan mendadak.
Pada Jumaat, WhatsApp mengumumkan bahawa terma baharu itu akan ditangguhkan dari Februari ke Mei.
Jelas aplikasi itu juga, kemas kini tersebut bertujuan untuk meningkatkan transaksi dengan akaun perniagaan, dan tidak menjejaskan perbualan peribadi yang masih dilindungi dengan ciri penyulitan (encryption).
“Kemas kini ini tidak membolehkan kami berkongsi data dengan Facebook.
“Walaupun bukan semua melakukan transaksi dengan perniagaan menerusi WhatsApp sekarang, namun kami percaya lebih ramai akan memilih cara ini pada masa akan datang dan ia penting bagi orang ramai menyedari tentang fungsi ini,” kata WhatsApp dalam satu kenyataan.
Facebook telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri memfokuskan kepada akaun perniagaan pada aplikasi WhatsApp sepanjang tahun lepas bagi menyelaraskan insfrastruktur e-dagang di seluruh syarikat itu, termasuk pada aplikasi Instagram.
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#Facebook
#Instagram
#privasi
#kemas kini
#update
#terma
#data
#aplikasi
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan