awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan Maxis terjejas susulan kebakaran Menara di Kuala Kangsar pulih sepenuhnya
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YouTube sembunyi jumlah 'dislike', jaga kesihatan mental pencipta kandungan

Agensi
Agensi
11/11/2021
04:07 MYT
YouTube sembunyi jumlah 'dislike', jaga kesihatan mental pencipta kandungan
Perubahan itu adalah untuk memastikan pencipta kandungan tidak menjadi sasaran serangan kebencian atau gangguan. - Gambar BERNAMA
LAMAN video paling popular, YouTube mengumumkan akan menyembunyikan jumlah dislike orang ramai pada sesebuah video yang dimuat naik di platformnya mulai semalam (Rabu).
Syarikat itu berkata, perubahan itu adalah untuk memastikan pencipta kandungan tidak menjadi sasaran serangan atau gangguan selain untuk mempromosikan interaksi yang bersifat menghormati antara penonton dan pencipta kandungan.
Butang dislike tidak dihapuskan, tetapi jumlahnya hanya untuk maklum balas peribadi dan tidak dipertontonkan kepada khalayak.
Perubahan itu dilaksanakan selepas YouTube menghadapi meneliti kandungan di platform berkenaan dan aduan daripada pencipta kandungan.
Ada pencipta kandungan memaklumkan, jumlah dislike yang tinggi menjejaskan kesihatan mental mereka.
"YouTube mempunyai tanggungjawab untuk melindungi pencipta kandungan, terutamanya pencipta kandungan yang baru bermula, daripada gangguan dan serangan berbaur kebencian," kata seorang jurucakap YouTube.
Topic Berkaitan
#YouTube
#video
#kesihatan mental
#pencipta kandungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan