SUATU masa dahulu, segala proses jualan dan pembelian berjalan secara berhadapan. Sekarang, semuanya mampu diuruskan dalam talian.
Sebulan berlalu bermacam rekod jualan dicatat melalui jualan dalam talian 11.11, kini tiba pula jualan hujung tahun yang popular melalui sebutan 12.12 bertepatan dengan tarikh hari penjualan yang jatuh pada 12 Disember.
Bagi peminat jenama Korea Hyundai, kereta berprestasi tinggi 'hot hatch' 5-pintu i30 N menjadi tumpuan pembeli di Malaysia sempena jualan hujung tahun 12-12.
Apa yang menarik, hanya 20 unit i30 N ditawarkan di pasaran Malaysia melalui portal jualan Lazada. Ya, kereta pun ada….dibeli melalui Lazada!
Namun, mungkin ada sudah terlambat jika menunggu hari ini (12 Disember) untuk bertindak membeli kerana penawaran di bawah skim 'Chup Dulu’ sudah berjalan sejak 2 Disember dan berakhir pada tengah malam 11 Disember.
Pembeli dibawah skim 'Chup Dulu' hanya membayar separuh dari bayaran cengkeram sebanyak RM2,000 melalui pasaran dalam talian Lazada sementara baki 50 peratus lagi dibayar antara 12 hingga 14 Disember.
Selepas dilunas bayaran seterusnya (i30 N berharga RM298,888 – atas jalan tidak termasuk insuran); pembeli yang sah layak menyertai lawatan eksklusif ke Korea dan mengambil bahagian dalam sesi pandu-uji di litar Namyang, 40km dari Seoul.
Apakah ciri menarik i30 N dipilih Hyundai-Sime Darby Motors – bahagian permotoran kumpulan Sime Darby untuk gimik penjualan 12-12 di portal Lazada?
Abjad 'N' dalam jenama i30 N menunjukkan model ini hasil keluaran bahagian permotoran prestasi tinggi keluaran pusat penyelidikan dan inovasi syarikat Hyundai yang berpengakalan di dua lokasi – Namyang di Korea dan Nurburgring di Jerman.
Hyundai tidak ketinggalan mengikuti perkembangan industri permotoran, di mana syarikat seperti Toyota, Honda dan Renault memilih untuk mewujudkan jenama sampingan (sub-brand) dalam usaha menyuntik ciri prestasi tinggi perlumbaan bertujuan menarik pembeli muda.
Bagi 20 pembeli yang berjaya menembusi talian Lazada pada jualan mega 12.12, mereka sudah tentu akan menyambut tahun baharu nanti dengan penuh gaya.
* Foto: (Dari kiri):Datuk Aishah Ahmad, Presiden Persatuan Otomotif Malaysia (Malaysia Automotive Association - MAA); Luca Suino, Pengarah Permotoran (Director of Motors, Lazada), Low Yuan Lung, Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors (Managing Director of Hyundai-Sime Darby Motors); dan Andrew Basham, Pengarah Urusan Bahagian Pemotoran Sime Darby (Managing Director of Sime Darby Motors Division)
Razak Chik
Wed Dec 11 2019
Jualan i30 N oleh Hyundai Sime Darby Motors sempena 12 -12 dilancarkan. (Dari kiri): Datuk Aishah Ahmad, Luca Suino, Low Yuan Lung dan Andrew Basham.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Zaman sekarang.. beli kereta pun dalam talian!
Pesta jualan dalam talian hujung tahun 12.12 menawarkan pelbagai barangan, termasuk kereta idaman.
Jualan 12.12 tiga kali ganda lebih tinggi berbanding 11.11 - Laporan
Laporan yang dikeluarkan oleh portal online Shopback menyatakan purata perbelanjaan pelangggan pada kempen 12.12 adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding 11.11.