ANDA seorang yang berani dan suka aktiviti mencabar?
Jawapannya ada di gunung tertinggi di Emiriah Arab Bersatu (UAE), apabila sebuah tarikan pelancongan terbaharu di negara itu kini menjadi igauan ramai.
Luncuran 'zip line' terpanjang di dunia di Jebel Jais (Gunung Jais) di Ras Al-Khaimah ini pastinya memanggil pelancong yang dahagakan pengalaman baharu.
Di sini, para peserta dibenarkan 'terbang tinggi' dalam aksi ‘adiwira’, dengan kelajuan luncuran yang mampu mencapai sehingga 150 kilometer sejam, lapor portal CNN Travel.
Lebih mengujakan, apabila terdapat dua ‘zip line’ yang direntangkan secara bersebelahan. Peserta akan dilepaskan serentak pada masa yang sama untuk menggandakan keseronokan, sekali gus menjadi pilihan bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan.
Tarikan baharu ini terbuka kepada semua peringkat umur, asalkan memiliki berat minimum 45 kilogram hingga maksimum 150 kilogram, selain ketinggian minimum 120 sentimeter.
Persekitaran yang dipenuhi gunung-ganang bakal memberi nafas baharu kepada mereka yang mencuba kerana ia pastinya berbeza jika dibandingkan dengan landskap aktiviti ‘zip line’ di tempat lain di seluruh dunia.
Bukan lagi 'zip line' lazim yang dibina antara platform ke platform atau dua stesen atau tiang, 'zip line' yang merentasi kawasan pergunungan ini direka khas menerusi strategi bersama PIhak Berkuasa Pembangunan Pelancongan Ras Al Khaimah (RAKTDA) dengan pengendali 'zip line' terkemuka dunia, Toro Verde.
Pemegang rekod dunia bagi ‘zip line’ terpanjang sebelum ini merupakan ‘The Monster Zip Wire’ di Puerte Rico, sepanjang 2.5 kilometer.
Namun rekod tersebut telah dipecahkan dengan terbinanya fasiliti pelancongan di Ras Al-Khaimah ini, iaitu merekodkan jarak 2.83 kilometer, dan setinggi 1,680 meter daripada paras laut.
Harga yang perlu dibayar untuk pengalaman ini adalah sekitar AS$177 (RM690), dan pihak pengurusan turut terfikir untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pengunjung ke lokasi aktiviti ini.
Di sekitar lokasi yang sama juga disediakan aktiviti ekstrem lain seperti pendakian, kembara basikal gunung dan merentas kabel Via Ferrata Jebel Jais.
Agensi
Mon Mar 12 2018
'Zip line' di Ras Al-Khaimah ini merekodkan jarak 2.83 kilometer, dan setinggi 1,680 meter daripada paras laut. - Youtube/Ras Al Khaimah Tourism Development Authority
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
UAE kutuk serangan kejam sasar kediaman Duta UAE di Sudan
Ia merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip ketakbolehcabulan premis diplomatik.
Singapura serah bantuan kemanusiaan baharu ke Gaza
Singapura menyerahkan kira-kira 300 tan sardin dalam tin dan 1,000 tan beras kepada Gaza menerusi satu majlis pada Isnin, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri.
UAE gesa PBB bertindak tangani kebuluran di Sudan, ulangi komitmen kepada rundingan damai
UAE seru tindakan segera diambil bagi mengelakkan kebuluran di Sudan.
Agong berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-52 UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ke-52.
PM Anwar sifatkan lawatan ke UAE berjaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion.
Hubungan dua hala dan ekonomi antara Malaysia dengan UAE terus berkembang
Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus berkembang dengan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara semakin meningkat.
Kabinet setuju kaji semula Bandar Malaysia, UAE dipelawa sertai projek
Menurut Perdana Menteri, Kabinet bersetuju untuk mengkaji semula projek pembangunan itu supaya ia melibatkan lebih ramai pihak.
Malaysia, UAE kukuhkan hubungan dua hala khususnya dalam konteks pertahanan - Hishammuddin
Malaysia dan UAE senada prospek ini mesti diterokai sebaik mungkin demi memacu kerjasama pertahanan dua negara ke tahap yang lebih tinggi.
Malaysia-UAE perkukuh kerjasama dalam sekuriti makanan - MAFI
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedia memperkukuhkan lagi kerjasama diplomasi sekuriti makanan antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini.
UAE hentikan eksport gandum dari India selama empat bulan
Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan.