Skip to main content

Dunia

Wanita ditahan selepas rumah Rihanna di Beverly Hills ditembak

61612325531_RIHANNA.jpg
Rihanna berada di dalam rumah ketika kejadian, namun tiada kecederaan dilaporkan. - Foto fail/AP

LOS ANGELES: Seorang wanita berusia 35 tahun telah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam cubaan membunuh selepas kediaman bintang pop Rihanna di Beverly Hills disasarkan dalam insiden tembakan pada Ahad, menurut Polis Los Angeles.

Suspek yang dikenali sebagai Ivanna Lisette Ortiz, dari Florida, dilapor melepaskan beberapa das tembakan dari sebuah kenderaan Tesla berwarna putih, menggunakan senjata jenis AR15, seperti dilaporkan Los Angeles Times.

Advertisement

Rihanna berada di dalam rumah ketika kejadian, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Polis menemukan kelongsong peluru senapang serbu di lokasi kejadian, manakala beberapa tembakan mengenai bahagian luar rumah dan sebuah kenderaan yang diparkir di hadapan.

Motif serangan masih belum dikenal pasti.

Pihak berkuasa kemudiannya mengesan Tesla berkenaan kirakira 12km dari rumah Rihanna, di pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria, sebelum menahan suspek tanpa insiden lanjut.

Jaminan telah ditetapkan pada AS$10.2 juta.

Ortiz, yang berasal dari Orlando, Florida, turut didapati memiliki senjata api jenis raifal serbu di dalam keretanya ketika ditahan.

Pihak polis masih menyiasat sama ada suspek mempunyai sebarang hubungan dengan Rihanna atau keluarganya.

Rihanna, yang kini menetap di rumah tersebut bersama pasangannya A$AP Rocky dan tiga anak mereka, dilaporkan selamat.

Wakil penyanyi itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.

Must Watch Video