Skip to main content

Malaysia

'Will you marry me?' Dari puncak Gunung Kinabalu, Syed Saddiq-Bella bertunang hari ini

Syed Saddiq Bella_Astro AWANI
Saksikan majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah secara eksklusif di Astro AWANI, Astro Ria dan Sooka pada jam 3.30 petang ini dan penstriman langsung di platform TikTok Astro Gempak.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengumumkan akan bertunang dengan Bella Astillah, hari ini, selepas melamar wanita itu di puncak Gunung Kinabalu.

Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, dengan kapsyen ringkas namun penuh makna: “I asked, she said yes 💍… Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.”

Advertisement

Menurutnya, detik lamaran berkenaan berlaku dalam hujan lebat dan suasana mencabar di puncak gunung tertinggi negara, namun tetap menjadi antara kenangan paling berharga dalam hidupnya.

Proposal di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat,” katanya.

 

 

Dalam hantaran sama, Syed Saddiq turut mengimbas bagaimana hubungan mereka berkembang daripada rakan kerjasama profesional kepada pasangan yang kini menuju ke hari bahagia.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati,” katanya merujuk kepada beberapa projek kebajikan dan kempen yang menggandingkan mereka sejak dua tahun lalu.

Hubungan rapat antara kedua‑dua mereka itu sering mencetus spekulasi dalam kalangan netizen, apatah lagi mereka kerap dilihat bersama dalam pelbagai inisiatif sosial sehingga digelar “gandingan ideal” oleh para peminat.

Syed Saddiq menzahirkan rasa syukur atas perjalanan hubungan mereka setakat ini.

“Allah SWT sebaik‑baik perancang,” katanya.

Netizen segera membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah, selain meluahkan kegembiraan kerana jangkaan dan doa ramai akhirnya menjadi kenyataan.

Pertunangan itu sekali gus menamatkan spekulasi berbulan‑bulan mengenai status hubungan mereka yang sering menjadi perhatian ramai. 

Saksikan majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah secara eksklusif di Astro AWANI, Astro Ria dan Sooka pada jam 3.30 petang ini dan penstriman langsung di platform TikTok Astro Gempak.

Must Watch Video