Skip to main content

Hiburan

AIM25 perkenal dua kategori baharu, Ajai diumum Ketua Juri

KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bergambar bersama trofi AIM25 pada Majlis Sidang Media Pelancaran Anugerah Industri Muzik AIM25 hari ini.  Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah (tiga, kanan) dan Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Jawatankuasa Penganjur AIM25, Rosmin Hashim (tiga, kiri).  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Proses penilaian pencalonan AIM25 akan dilakukan oleh panel juri terdiri daripada pengamal industri muzik tempatan yang berpengalaman serta pakar daripada pelbagai bidang berkaitan. - Foto Bernama
Advertisement

KUCHING: Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengumumkan penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), yang bakal berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada 26 September 2026.

Buat julung kalinya, AIM dianjurkan di Sarawak dengan sokongan Kementerian Komunikasi menerusi Geran Digital Content Fund (DKK) melalui MyCreative Ventures, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak (MTCP) serta TVS sebagai Penyiar Rasmi dan Rakan Kongsi Penganjur.

Sempena sambutan edisi ke-25, AIM25 memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Lagu Borneo Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik bagi meraikan kepelbagaian budaya serta perkembangan landskap muzik tempatan.

AIM25 bakal mempertandingkan 33 kategori termasuk kategori utama seperti:

Kategori Utama:


1. Artis Baharu Terbaik


2. Vokal Lelaki Terbaik


3. Vokal Wanita Terbaik


4. Vokal Kumpulan Terbaik


5. Kumpulan (Band) Terbaik


6. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik


7. Video Muzik Terbaik


8. Lagu Tema Terbaik Dalam Filem/Drama


9. Lagu Rock Terbaik


10. Lagu Pop Terbaik


11. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik


12. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik


13. Lagu Tempatan Bahasa Inggeris Terbaik


14. Lagu Tempatan Bahasa Cina Terbaik


15. Lagu Tempatan Bahasa India Terbaik


16. Lagu Melayu Terbaik Dipersembahkan Oleh Artis Antarabangsa


17. Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa


18. Lagu Nasyid Terbaik


19. Lagu Etnik Terbaik


20. Lagu Perpaduan Terbaik


21. Lagu Tradisional Terbaik


22. Lagu Borneo Terbaik


23. Album Terbaik Tahun Ini


24. Lagu Terbaik Tahun Ini

Anugerah Khas:

25. Anugerah Sri Wirama

Kategori Pra-Anugerah
:

26. Lagu Perayaan Terbaik


27. Kulit Album Terbaik


28. Kejuruteraan Lagu Terbaik


29. Kejuruteraan Album Terbaik


30. Susunan Muzik Terbaik Dalam Sebuah Lagu


31. Lagu Paling Banyak Distrim


32. Video Muzik Rasmi Paling Banyak Ditonton Di Platform Video Utama


33. Lagu Dengan Video Kreasi Terbanyak Di TikTok

Proses penilaian pencalonan akan dilakukan oleh panel juri terdiri daripada pengamal industri muzik tempatan yang berpengalaman serta pakar daripada pelbagai bidang berkaitan.

Barisan juri akan diketuai oleh Ketua Hakim iaitu, komposer Ajai, manakala keputusan akhir akan melalui proses audit oleh juruaudit bebas sebelum diumumkan.

Penerima Anugerah Sri Wirama akan ditentukan oleh Ahli Majlis RIM manakala keputusan lima calon terakhir dijangka diumum pada September.

Bagi memperkukuhkan pembangunan industri muzik tempatan, Kementerian Komunikasi menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK) meningkatkan peruntukan untuk AIM25 kepada RM950,000, berbanding RM700,000 pada AIM24.

Pemenang bagi 15 kategori iaitu Lagu Terbaik, Artis Baharu Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Etnik Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik, Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Cina Tempatan Terbaik, Lagu India Tempatan Terbaik, Video Muzik Terbaik, Lagu Electronic Pop/Dance Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Lagu Runut Bunyi (OST) Terbaik dalam Filem/Drama akan menerima geran DKK sebanyak RM50,000 setiap satu, manakala pemenang kategori Album Terbaik Tahun Ini bakal menerima geran berjumlah RM200,000.

Selain itu, AIM25 turut menerima sokongan geran RM1 juta daripada MTCP Sarawak sebagai tanda komitmen dalam memperkasa industri kreatif serta menjadikan Sarawak sebagai lokasi penting bagi acara seni dan budaya berskala besar.

Penamaan bagi AIM25 dibuka kepada karya muzik yang diterbitkan antara 1 Januari hingga 31 Disember 2025, melibatkan lagu atau album dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa India. Proses penyerahan pencalonan bermula 16 Julai 2026 hingga 6 Ogos 2026 menerusi laman rasmi AIM. -- Gempak
 

Must Watch Video

Advertisement