Skip to main content

Hiburan

AIM25: Siti Nurhaliza dominasi dengan 14 pencalonan, Gema Bumantara antara nadi utama

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendahului Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 dengan menerima sebanyak 14 pencalonan.  Pencalonan berkenaan merangkumi lapan kategori, daripada pengiktirafan vokal menerusi Vokal Wanita Terbaik, sehinggalah kategori lagu, kolaborasi, album, susunan muzik dan rakaman._Gempak
14 pencalonan itu sekali gus membuktikan kedudukan Siti sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri muzik tanah air. - Gempak
Advertisement

BIDUANITA NEGARA, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendahului Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 dengan menerima sebanyak 14 pencalonan.

Pencalonan berkenaan merangkumi lapan kategori, daripada pengiktirafan vokal menerusi Vokal Wanita Terbaik, sehinggalah kategori lagu, kolaborasi, album, susunan muzik dan rakaman.

Album Gema Bumantara menjadi antara nadi utama kepada pencapaian berkenaan.

Lagu Kesuma sahaja muncul dalam tiga pencalonan berbeza iaitu Vokal Wanita Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Rakaman Lagu Terbaik, manakala Pesanan Buat Diri turut menyerlah menerusi Lagu Tradisional Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Rakaman Lagu Terbaik.

Lebih menarik, Siti menguasai empat daripada lima slot Lagu Tradisional Terbaik menerusi Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri, satu pencapaian yang memperlihatkan kekuatan projek Gema Bumantara dalam mengetengahkan muzik berteraskan identiti dan tradisi tempatan.

Siti juga turut mempunyai tiga pencalonan dalam satu kategori kolaborasi antarabangsa menerusi Cenderamaya, Kumbang Bunga bersama Lesti dan Jenjang Cinta, selain dicalonkan menerusi lagu raya Raya Nak Ke Mana?

14 pencalonan itu sekali gus membuktikan kedudukan Siti sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri muzik tanah air.

AIM25 edisi Jubli Perak akan berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak  pada Sabtu, 26 September 2026.

Majlis berprestij itu bakal dikendalikan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama personaliti TVS, Sheera Abang Mansur.

AIM25 akan disi arkan secara langsung ke seluruh negara menerusi TVS di Saluran 122 dan TVS Inspire. -- Gempak
 

Must Watch Video

Advertisement