Skip to main content

Hiburan

The Pitt, Widow's Bay dominasi Anugerah Emmy Primetime Ke-78

(Dari kiri) Hiro Murai (Pengarah Komedi Terbaik, Widow's Bay), Katie Dippold (Penulis Komedi Terbaik, Widow's Bay), dan Matthew Rhys (Pelakon Utama Komedi Terbaik, Widow's Bay & Pelakon Utama Siri Terhad Terbaik, The Beast in Me) bergambar bersama trofi mereka di Anugerah Emmy Primetime ke-78. -Foto Reuters

Advertisement

LOS ANGELES: Drama perubatan "The Pitt" dan siri komedi seram "Widow's Bay" mendominasi Anugerah Emmy Primetime Ke-78 apabila masing-masing memenangi anugerah siri drama terbaik dan siri komedi terbaik dalam majlis yang berlangsung di Teater Peacock, di sini, pada Isnin.

"The Pitt" yang berlatarkan jabatan kecemasan di Pittsburgh memenangi kategori siri drama terbaik buat tahun kedua berturut-turut, menewaskan pesaing lain termasuk "Pluribus", "Paradise" dan "The Diplomat".

Pelakon utamanya, Noah Wyle, turut memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik dalam siri drama menerusi watak Dr Robby.

Advertisement

Sementara itu, "Widow's Bay" dinobatkan sebagai siri komedi terbaik, sekali gus menewaskan pemenang tahun lalu, "Hacks".

Bintang utamanya, Matthew Rhys, mencipta sejarah apabila menjadi pelakon pertama memenangi dua kategori pelakon utama Emmy dalam tahun yang sama menerusi "Widow's Bay" dan "The Beast in Me".

Advertisement

Jean Smart pula memenangi anugerah pelakon wanita terbaik siri komedi menerusi watak Deborah Vance dalam "Hacks", sekali gus meraih trofi Emmy kelimanya menerusi siri tersebut.

Must Watch Video

Advertisement