OPENAI dilapor sedang membangunkan sebuah enjin carian web, yang mana sebahagiannya dikuasakan oleh Bing milik Microsoft.

Ini secara tidak langsung akan membuatkan OpenAI akan bersaing terus dengan Google dalam arena berkenaan.

Pada hari ini, Google mempunyai pegangan majoriti pasaran enjin carian, dan masih sukar untuk dicabar pelbagai pihak, termasuk Microsoft sendiri.

Tidak diketahui sama ada OpenAI akan mengintegrasikan ciri ini terus pada ChatGPT, atau hadir dengan sebuah produk baharu.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan produk baharu OpenAI, dan bagaimana ia mungkin mencorak atau memberi cabaran dalam arena enjin carian. -Amanz