CHATGPT kini mengumumkan pengenalan ciri dinamakan “Read Aloud”, yang mana membolehkan ChatGPT membacakan kepada anda hasil kandungan yang dijana melalui platform berkenaan.


Ciri ini diperkenalkan pada aplikasi mudah alih Android dan iOS, selain turut sedang diperkenalkan secara berperingkat pada versi web.


Untuk menggunakannya, selepas sesuatu teks atau kandungan dijana ChatGPT, anda hanya perlu tap pada mesej berkenaan seketika, dan seterusnya memilih menu “Read Aloud”.

Sebuah pemain akan dibuka dan membacakan kepada anda hasil yang dijana.

Daripada percubaan kami, ciri ini turut menyokong sokongan membaca teks dalam bahasa Malaysia, tanpa sebarang masalah. -Amanz