Membesar dengan potret 80-an, seorang jurugambar dari Portland Amerika Syarikat, Robbie Augspurger menghidupkan semula fotografi era tersebut.

Hasil kerja Augspurger, 36, dipengaruhi gambar-gambar lama ibu bapanya pada zaman 60-an dan 70-an yang semakin pudar setelah disimpan di dalam kotak kasut lama.

Augspurger menghasilkan gambar-gambar menarik ala 80-an hasil daripada kelengkapan lampu denyar Photogenic Flashmasters buatan 80-an.

Bagi menghasilkan potret 80-an yang realistik, Augspurger membeli koleksi pakaian vintaj dan sentiasa mencari perhiasan yang sesuai untuk menghasilkan foto yang terbaik.

Semua potret yang dihasilkan dijayakan oleh rakan-rakannya dan bukan model profesional.

Kini, Augspurger dilantik oleh beberapa syarikat fesyen untuk menghasilkan gambar potret yang unik era-80an.


80s photography



80s photography



80s photography



80s photography