Walaupun banyak perkara pada Apple App Store telah berubah disebabkan oleh Epic Games, Epic masih berperang dengan Apple atas tidak berpuas hati terhadap peraturan gedung aplikasi yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, Epic sibuk membangunkan gedung aplikasi tersendiri untuk Android dan iOS - Epic Game Store.

CEO Epic pernah mencadangkan satu gedung untuk semua, tetapi semua tahu ia mustahil. Pembangunan Epic Game Store untuk iOS turut terbantut apabila Apple membatalkan akaun pembangun mereka.

Baru-baru ini ketika acara Epic Games State of Unreal, mereka telah mendedahkan rekaan gedung aplikasi ini.

Rekaan antaramuka ada iras Epic Game Launcher pada PC dan juga Google Play Store. Rekaan ini masih di tahap konsep kerana gedung aplikasi ini masih berada di peringkat awal pembangunan.

Bila ia akan tiba ke tangan pengguna? Masih tidak pasti, tetapi peranti Android pasti tiada masalah memasangnya. Sementara pengguna iOS akan terhad di Eropah sahaja. -Amanz