Sejak pelancaran Windows 8, terdapat pelbagai pilihan tablet di pasaran. Minggu ini, Gadget Nation memberi ulasan tentang Acer Iconia Tab W510.

Gadget Nation juga telah mengikuti perkembangan kamera tanpa cermin sejak ia mula dipasarkan. Canon memasuki pasaran ini dengan Canon EOS M. Saksikan ulasan kami tentang ciri-ciri kamera ini.

Akhir sekali, kepada gamers di luar sana, rancangan ini ada juga rebiu game terbaru dari siri God of War.

Saksikan Gadget Nation pada hari Jumaat (29 Mac) jam 8.30 malam.