Skip to main content
Advertisement
AI berkembang pesat, syarikat di Malaysia masih banyak di tahap asas - AWS

AI berkembang pesat, syarikat di Malaysia masih banyak di tahap asas - AWS

Laporan Mencungkil Potensi AI Malaysia 2026 oleh Amazon Web Services (AWS) mendapati penerimagunaan AI dalam kalangan syarikat Malaysia meningkat kepada 38 peratus, dengan lebih 3.4 juta syarikat kini menggunakan teknologi itu. Namun, 67 peratus masih tertumpu kepada penggunaan asas, manakala hanya 19 peratus mempunyai strategi rasmi untuk memperluaskan AI.