RM7 Bilion digital: Apa yang rakyat benar-benar dapat?
Belanjawan 2027 memperuntukkan RM5 bilion untuk JENDELA, RM1 bilion bagi sistem kesihatan digital PERSADA serta RM142 juta untuk memperkasa NADI, di samping pelaburan dalam Sovereign AI Cloud, MyDigital ID dan keselamatan siber. Namun kejayaan agenda digital negara tidak boleh diukur melalui jumlah peruntukan semata-mata. Persoalannya, adakah rakyat akan menikmati Internet yang lebih stabil, perkhidmatan digital yang lebih mudah diakses serta perlindungan yang lebih kukuh daripada ancaman siber dan penipuan dalam talian?