BN di landasan selesa ketuai kerajaan persekutuan pasca PRU16 jika terus ‘disokong’ PAS - Penganalisis
Timbalan Ketua Strategik, Ibu Pejabat Asia UN SDSN, Universiti Sunway, Prof Dr Wong Chin Huat berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunjukkan senario persefahaman politik yang boleh berlaku antara Barisan Nasional dan PAS yang menerajui Perikatan Nasional (PN). Jelasnya, jika PAS mengekalkan sikap memberi laluan mudah untuk BN menang di kerusi-kerusi strategik, maka BN dijangka boleh mengetuai kerajaan persekutuan sebagai blok terbesar pasca Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. #AgendaAWANI #JohorMemilih