Bukan petanda buruk, fokus amalan dan kebesaran Allah
Ketua Pegawai Eksekutif Zikra, Ustaz Imran Mohd Zaki menjelaskan bahawa fenomena gerhana bulan sering mencetuskan konspirasi dan dakwaan akhir zaman. Beliau menasihatkan umat Islam agar tidak membuat andaian tidak sahih dan sebaliknya menumpukan kepada amalan serta melihat kebesaran Allah ketika gerhana.