Serangan siber: Mudah-mudahan Allah pelihara dan selamatkan Malaysia tercinta - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diadakan bagi meneliti perkembangan serangan hibrid digital dan siber, konflik geopolitik serta sebarang risiko yang boleh memberi kesan kepada negara.
Menurut beliau, kerajaan memperkukuh penyelarasan antara kementerian, agensi dan pasukan keselamatan, selain meningkatkan perlindungan terhadap sektor strategik bagi memastikan Malaysia sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.