CRESS sokong sasaran 70 peratus tenaga boleh baharu
Skim Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) yang dilancarkan pada Julai 2024 kini melibatkan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) sekitar 3 gigawatt dengan 11 pemaju dan lapan pengguna hijau berdaftar setakat Mei 2026.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkembangan itu mencerminkan minat kukuh industri terhadap bekalan elektrik hijau secara langsung, sekali gus menyokong sasaran 70 peratus kapasiti TBB negara menjelang 2050.