Dua wanita di Pahang rugi RM1.4 juta akibat 'phone scam'
Dua wanita di Pahang mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM1.4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon dalam tempoh antara September 2024 hingga April tahun ini. Kes melibatkan seorang pesara guru di Kuantan dan seorang guru di Raub itu menyaksikan mangsa diugut serta dimanipulasi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan syarikat takaful. Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat pengesahan segera sekiranya menerima panggilan mencurigakan.