Skip to main content
Advertisement
Gaji minimum RM2,000: PMKS belum bersedia, risiko gulung tikar tinggi, bonus pekerja mungkin dihapus

Gaji minimum RM2,000: PMKS belum bersedia, risiko gulung tikar tinggi, bonus pekerja mungkin dihapus

Presiden Kebangsaan, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kecil & Sederhana Malaysia (SME Malaysia), Dr. Chin Chee Seong, berpandangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 memberi tekanan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang masih berdepan peningkatan kos operasi.

Beliau memberi amaran kenaikan kos boleh mendorong majikan mengurangkan pekerja, menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan serta menyukarkan PMKS bersaing dengan syarikat besar.