Bakat TVET juga sukar diambil kerja tanpa persediaan yang kemas – Ahli Majlis TVET Negara
Presiden BELIA MAHIR merangkap Ahli Majlis TVET Negara, Mohammad Rizan Hassan berkata graduan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) senang mendapatkan pekerjaan semata-mata kerana memiliki sijil kemahiran hanyalah ilusi. Jelasnya, bakat-bakat kemahiran hari ini juga berdepan cabaran untuk diterima bekerja juga tidak ada kesiapsiagaan untuk berada dalam dunia pekerjaan.