Memahami empat faktor utama diambil kira dalam penetapan gaji minimum
Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM), Dr. Adilah Abdul Ghapor berkata, penetapan gaji minimum perlu mengambil kira empat faktor utama.
Antaranya kos sara hidup, produktiviti buruh, kemampuan majikan serta kesan terhadap ekonomi dan peluang pekerjaan, termasuk risiko pemampatan upah (wage compression) yang boleh menjejaskan motivasi pekerja senior.