Pakej PACE perlu rangsang pembentukan masyarakat menua kreatif - Penganalisis
Ketua Kluster Penyelidikan Tanggungjawab Sosial Korporat, Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Ellisha Nasruddin berkata Pakej Daya Tahan Ekonomi Pecutan Progresif Pecutan Progresif Kemahiran dan Pekerjaan (PACE) perlu membuka ruang kepada pembentukan masyarakat menua kreatif yang boleh menjana ekonomi di peringkat komuniti. Jelasnya, ekonomi komuniti ini lebih berdaya tahan dan kalis gangguan yang disebabkan oleh krisis global.