Dasar semasa jelas, negara boleh capai kedudukan ke-10 daya saing dunia pada 2030 - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd Amim Othman berkata dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan sejak tahun 2022 termasuk berkaitan industri, gaji dan tenaga boleh melonjakkan kedudukan Malaysia dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh International Institute for Management Development (IMD) melebihi sasaran yang ditetapkan menjelang tahun 2030 iaitu kedudukan ke-12. #DialogPoketRakyat