Skip to main content
Advertisement
KBS wajar sedia peruntukan khusus sukan Malaysia

KBS wajar sedia peruntukan khusus sukan Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) wajar untuk menyediakan peruntukan khusus dalam belanja mengurusnya bagi penganjuran temasya dwitahunan Sukan Malaysia (SUKMA). Pensyarah Kanan di Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, Universiti Malaya, Dr Mohamed Nashrudin Naharudin berpandangan kerajaan pusat dan negeri boleh berbincang berkenaan keperluan khusus peruntukan mengikut tanggungjawab masing-masing.