Kemajuan negara perlu selari nilai dan akhlak - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemajuan negara tidak boleh hanya diukur menerusi pencapaian ekonomi, kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital semata-mata, sebaliknya perlu berpaksikan nilai, akhlak serta integriti.