Malaysia berdepan fenomena ketepuan maklumat mengenai scam apabila pengguna semakin sedar mengenai ancaman jenayah siber, namun masih terus menjadi mangsa penipuan. Presiden MCCA, Mohamad Sirajuddin Jalil berkata negara perlu beralih kepada pendekatan lebih sistemik termasuk pendidikan, dasar dan pelaksanaan konsep 'Zero Trust' dalam ekosistem digital.