NCSS 2026: Ketika scam semakin pintar, adakah rakyat semakin selamat?
Kerugian akibat scam dalam talian di Malaysia mencecah hampir RM3 bilion pada 2025, manakala ancaman baharu seperti AI, deepfake dan penipuan digital semakin sukar dikesan. Sempena National Cyber Security Summit (NCSS) 2026, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Sirajuddin Jalil, berkongsi pandangan mengenai masa depan keselamatan siber negara, cabaran literasi digital rakyat, serta kemampuan Malaysia berdepan ancaman siber yang semakin kompleks.