Skip to main content
Advertisement
43 Hospital Kluster perluas akses kepakaran perubatan ke luar bandar - Dzulkefly

43 Hospital Kluster perluas akses kepakaran perubatan ke luar bandar - Dzulkefly

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 43 Hospital Kluster di seluruh negara bagi memperluas akses kepada kepakaran perubatan, peralatan dan kemudahan diagnostik melalui perkongsian sumber antara hospital pakar dengan hospital tanpa pakar.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata inisiatif itu turut memperluas perkhidmatan kepakaran ke klinik kesihatan bagi memperkukuh saringan awal, pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan kesinambungan rawatan di peringkat penjagaan kesihatan primer.