Skip to main content

Advertisement

Krisis Hormuz cetus gelombang force majeure

Krisis Hormuz cetus gelombang force majeure

Ketegangan Asia Barat semakin memuncak apabila Iran menutup Selat Hormuz kepada kapal tanpa kebenaran, sekali gus melumpuhkan laluan tenaga global yang membawa hampir 20% bekalan minyak dunia. Harga minyak melonjak melebihi USD110 setong, syarikat perkapalan utama mengisytiharkan force majeure, dan trafik maritim merosot lebih 90% — mencetuskan persoalan undang‑undang besar mengenai liabiliti, risiko kontrak dan kebolehlaksanaan force majeure merentas bidang kuasa antarabangsa.