Kutipan di Plaza Tol Eco Grandeur, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) bermula pada 12.01 tengah malam Jumaat selepas lebih lapan bulan pengguna menikmati tol percuma, sejak laluan itu dibuka pada 11 November lalu.
Dalam kenyataan pada Khamis, LATAR memaklumkan, kutipan tol di laluan itu selaras dengan terma Perjanjian Konsesi dan bagi memastikan penyenggaraan, operasi serta penyampaian perkhidmatan lebuh raya kepada pengguna dapat diteruskan secara mampan.