Skip to main content

Advertisement

Lelaki rugi RM233,950 akibat skim pelaburan palsu

Lelaki rugi RM233,950 akibat skim pelaburan palsu

Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30‑an kerugian RM233,950 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham dalam talian tidak wujud. Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah memaklumkan mangsa diperdaya sindiket melalui laman sesawang dan kumpulan WhatsApp yang memaparkan pulangan pelaburan tinggi.