Skip to main content

Advertisement

Papagomo didenda RM4,000, kes hasutan terhadap Agong

Papagomo didenda RM4,000, kes hasutan terhadap Agong

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendenda blogger Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris, RM4,000 selepas mensabitkannya atas pertuduhan membuat penerbitan menghasut yang menghina Yang di‑Pertuan Agong. Kesalahan dilakukan melalui aplikasi X pada April 2024 dan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.