Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri meneliti isu pekerja asing termasuk dalam sektor makanan dan minuman.
Beliau berkata satu mesyuarat Jawatankuasa Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan diadakan seawal minggu hadapan bagi memperincikan dan menyelesaikan isu berkenaan.