Pemulihan tanah gambut kunci cegah kebakaran berulang
Beribu anggota bomba dikerah, pelbagai usaha dilaksanakan. Namun, mengapa kebakaran hutan di Indonesia masih sukar dibendung?
Menjawab persoalan itu, wartawan CNN Indonesia, Heranof Al-Basyir berkata, tanah gambut menjadi antara cabaran utama yang memerlukan pemulihan jangka panjang dan bukan sekadar operasi pemadaman.