Perikatan Nasional sudah kritikal, kesan besar pasca PRN Johor - Penganalisis
Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar berpandangan Perikatan Nasional (PN) kini berada dalam fasa kritikal susulan tindakan PAS yang didakwa membuat keputusan secara bersendirian.
Beliau memberi contoh kerusi Serom, di mana pengundi PAS dijangka lebih cenderung mengundi calon Barisan Nasional (BN) berbanding Bersatu, sekali gus memberi kelebihan kepada BN.