PM Anwar beri jaminan peruntukan sukan tidak dipotong
Kerajaan memberi jaminan peruntukan bagi kegiatan sukan dan kebajikan atlet akan tetap dipelihara walaupun negara berdepan kekangan kewangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bidang sukan negara terus menjadi tumpuan apabila berjaya membuktikan prestasi lebih positif berbanding jangkaan awal.